Tanda Tanda Emergency Kucing
Assalamualaikum, hi hi pet parents
Harini Tona nak share tentang tanda tanda emergency bagi kucing yang anda perlu tahu. Bila anda nampak tanda tanda emergency ni, maknanya anda perlu segera bawa anak bulus anda ke vet.
1. Kucing mula tidak makan langsung
Walaupun kucing anda sudah mula tidak makan dalam satu hari, anda sepatutnya bawa kucing ke klinik keesokan harinya. Kerana, kucing yang sudah tidak makan langsung pada hari tersebut, bermakna ia sudah kurang selera makan selama beberapa hari. Pada hari yang kucing sudah tidak makan langsung, bermakna keadaannya sudah semakin kritikal.
2.Kucing bernafas laju dan bernafas melalui mulut
Kadar pernafasan kucing ialah 16-40 pernafasan dalam masa 1 minit semasa mereka dalam keadaan rehat. Namun, kucing yang mengalami masalah kesihatan yang serious akan bernafas dengan lebih laju, kemungkinan mereka sedang kekurangan oksigen, kurang darah merah, atau sakit yang melampau.
3.Kucing muntah berkali kali
Apabila kucing muntah berkali kali dalam masa satu hari, bermakna ia sedang dalam bahaya. Muntah boleh disebabkan oleh sesuatu yang tersekat di saluran makanan, gastritis yang teruk, atau infection yang serious. Jadi, muntah merupakan petanda kucing anda sedang tidak sihat dan memerlukan rawatan yang segera.
Semoga pet parents semua dapat sesuatu yang bermanfaat daripada posting kalini, kerana tanda tanda emergency sangat penting untuk pet parents tahu dan kenal pasti supaya anak bulus anda sempat untuk mendapat rawatan.
Yang ikhlas,
Dr.Fadhilah
Comments
Post a Comment