Vaksin Kucing, Perlu Ke?
Hi kawan Tona Vet,
Harini Tona nak share tentang vaksin kucing. Oh, sebelum tu, Tona juga menerima consultation untuk anjing seperti kes vaksin, pemberian ubat cacing, ubat kutu, masalah kulit, pemeriksaan darah pun boleh.
Ok, jom kenali vaksin kucing. Dalam vaksin kucing, terdapat 3 virus dan 1 bakteria. Iaitu
1.Feline Herpesvirus
2.Feline Panleukopenia virus
3.Feline Calicivirus
4.Chlamydia bacteria
Mechanism Herpesvirus, Calicivirus, dan Chlamydia bacteria ialah, mereka menyebabkan kucing menghidapi masalah seperti selsema, sakit mata, dan ulcer di dalam mulut. Masalah-masalah tersebut antara yang paling common dihadapi oleh kucing kan.. dan ia juga bukan mudah untuk dirawat. Tona yakin, mesti ramai kawan Tona pun selalu frust bila pergi vet, tapi tak settle settle pun problem selsema, sakit mulut tu. Ha, itulah sebabnya kena vaksin.
Next virus ialah Panleukopenia (FPV) atau nama famousnya Parvo. FPV ni pula bertindak dengan menyerang dua benda utama iaitu Sistem Gastrointestinal (usus dan perut) dan juga cell darah, jadi ia menyebabkan kucing mengalami muntah, cirit birit, dan yang paling bahaya anemia atau kekurangan cell darah merah dan putih atau salah satu.
Jadinya, vaksin adalah PERLU. Sebab untuk mengelakkan kucing anda daripada terkena penyakit penyakit common ini, dan memudahkan proses rawatan dan recovery kucing anda sekiranya mereka terkena penyakit tersebut.
Yang penting Tona nak ingatkan, selepas vaksin kena ikut sedikit pantang larang iaitu,
-Jangan mandi selama seminggu
-Tak boleh travel, atau boarding
-Monitor keadaan kucing, sekiranya badan panas, kurang makan, muntah , atau cirit birit lebih daripada tiga hari selepas vaksin, segera lah bawa ke klinik untuk mengambil rawatan side effect vaksin.
Namun, Tona hanya jumpa jumlah kucing yang rendah dalam 5-10% sahaja yang mendapat side effect vaksin, jadi kawan kawan Tona tak perlu risau sangat.
Dekat Tona ada pakej vaksin tau untuk memudahkan kawan kawan Tona dapat complete vaksin, supaya kekal sihat.
Jemput ke Tona
Ikhlas,
Dr.Fadhilah
Comments
Post a Comment