Posts

Showing posts from August, 2024

Tona Vet Centre Sekarang Dah Ada Servis Xray

 Hi pet parents! Kami dengan gembira ingin mengumumkan yang Tona Vet sekarang dah ada servis x ray yang berkualiti tinggi. Jadi lepas ni, pet parents dah tak perlu kena drive jauh jauh untuk dapatkan x ray anak bulus anda ya. Sebelum x ray, patient perlulah consult dengan vet dahulu untuk vet dapatkan history dan melihat keadaan patient , dan untuk assess sama ada patient stabil atau tidak untuk melalui process x ray. Jumpa anda di Tona Vet! Yang ikhlas, Tona Vet Centre team

Tanda Tanda Emergency Kucing

 Assalamualaikum, hi hi pet parents Harini Tona nak share tentang tanda tanda emergency bagi kucing yang anda perlu tahu. Bila anda nampak tanda tanda emergency ni, maknanya anda perlu segera bawa anak bulus anda ke vet. 1. Kucing mula tidak makan langsung Walaupun kucing anda sudah mula tidak makan dalam satu hari, anda sepatutnya bawa kucing ke klinik keesokan harinya. Kerana, kucing yang sudah tidak makan langsung pada hari tersebut, bermakna ia sudah kurang selera makan selama beberapa hari. Pada hari yang kucing sudah tidak makan langsung, bermakna keadaannya sudah semakin kritikal. 2.Kucing bernafas laju dan bernafas melalui mulut Kadar pernafasan kucing ialah 16-40 pernafasan dalam masa 1 minit semasa mereka dalam keadaan rehat. Namun, kucing yang mengalami masalah kesihatan yang serious akan bernafas dengan lebih laju, kemungkinan mereka sedang kekurangan oksigen, kurang darah merah, atau sakit yang melampau. 3.Kucing muntah berkali kali Apabila kucing muntah berkali kali d...